• Main
  • News

Majlis Persaraan – Setulus Budi, Seindah Memori

Majlis Persaraan – Setulus Budi, Seindah Memori

MAJLIS PERSARAAN – "Setulus Budi, Seindah Memori"
Warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pn. Norwahida binti Mohamood Arifin atas segala jasa, bakti dan dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan sebagai seorang pendidik.

Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang penuh dengan kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan dan keberkatan. Jasa dan budi Pn. Norwahida akan sentiasa terpahat indah dalam lipatan memori warga sekolah.

Selamat Bersara, Pn. Norwahida binti Mohamood Arifin. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.