• Main
  • News

Ceramah Kesihatan Untuk Murid Perempuan India

Ceramah Kesihatan Untuk Murid Perempuan India

CERAMAH KESIHATAN UNTUK MURID PEREMPUAN INDIA

SMK Dato’ Dol Said telah menganjurkan Ceramah Kesihatan untuk Murid Perempuan India bertemakan “Penjagaan Diri, Kesihatan Terjaga, Hidup Sejahtera” pada 7 Ogos 2026.

Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Hari Umaa A/P Krishnan ini memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan wanita, gaya hidup sihat serta membina keyakinan diri untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Semoga perkongsian yang diberikan dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri serta membentuk generasi wanita yang sihat, yakin dan sejahtera