• Main
  • News

Majlis Apresiasi Bahagian Bimbingan Seni Dan Budaya (bsbb)

Majlis Apresiasi Bahagian Bimbingan Seni Dan Budaya (bsbb)

MAJLIS APRESIASI BAHAGIAN BIMBINGAN SENI DAN BUDAYA (BSBB) JABATAN BEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGERI MELAKA

Program ini meliputi Kelas Tunas Budaya (KTB), Kelab Giat Budaya (KGB), Kelab Giat Budaya Khas Guru, Bimbingan Pra Sekolah, Program Pusat Bimbingan Seni Budaya (PuBSB) dan Program Bimbingan Hujung Minggu (PBHM) yang melibatkan murid sekolah Negeri Melaka.

Untuk makluman seramai 27 orang murid dari SMK Dato Dol Said telah terpilih untuk mengikuti program ini bagi sesi 2024/2025 ini. Murid-murid ini telah dilatih dan dipantau oleh jurulatih dari Jabatan Kebudayaan dan keseniaan Negeri Melaka (JKKN) iaitu Encik Mohd Zairi bin Majid. Oleh itu satu majlis apresiasi telah berlangsung pada 11 Oktober 2025 yang lalu di SK Ayer Molek, Melaka adalah bertujaan untuk meraikan kejayaan murid-murid yang menyertai program ini. Lebih membanggakan dua orang murid SMK Dato Dol Said telah terpilih sebagai peserta terbaik bagi Kelab Giat Budaya (Teater) Negeri Melaka 2024/2025. Murid yang terpilih adalah:-

1. PUTRI QISTINA AZUWA BINTI NOR AZMIZAM
2. AQILAH SYUHADA BINTI ABDUL WARITH

Penghargaan dan Tahniah kepada JKKN, Pentadbir sekolah, Jurulatih, Guru Pembimbing dan murid-murid.

#sekolahkitamaruahkita #hidupmestiberjuang #smkdolsaidno1