Tahniah dan syabas buat anak-anak 2KAA1 dan 2DELTA yang telah berjaya menjayakan Program Galeri Pendidikan Islam!
Program ini mengetengahkan pembelajaran daripada silibus Pendidikan Islam Tingkatan 2, khususnya bahagian Sirah dan Feqah.
Menariknya, sebanyak 11 booth telah disediakan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran, permainan, kuiz serta hadiah-hadiah menarik yang semuanya dirancang dan disediakan oleh para pelajar sendiri.
Seronok melihat anak-anak bukan sahaja belajar, tetapi turut menunjukkan kreativiti, kerjasama, keyakinan dan kesungguhan dalam menjayakan program ini.
Terima kasih juga kepada semua yang memberikan sokongan dan membantu menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis dan memberi manfaat kepada anak-anak.