• Main
  • News

✨ Karnival Kokurikulum & Eksplorasi Stem Smk Dato’

✨ Karnival Kokurikulum & Eksplorasi Stem Smk Dato’

✨ KARNIVAL KOKURIKULUM & EKSPLORASI STEM SMK DATO’ DOL SAID 2025 ✨

Alhamdulillah, Karnival Kokurikulum & Eksplorasi STEM SMK Dato’ Dol Said 2025 yang telah berlangsung pada Sabtu, 11 Oktober 2025 berjalan dengan penuh semangat, meriah dan bermakna! ????

Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan elemen kokurikulum, sukan, dan STEM, sekali gus memberi peluang kepada para pelajar untuk menyerlahkan bakat, kreativiti serta kemahiran berfikir aras tinggi. ⚙️????‍♀️????

Tahniah diucapkan kepada semua guru penasihat unit beruniform, kelab, persatuan dan pasukan sukan atas komitmen tinggi dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada para pelajar yang menunjukkan semangat dan disiplin sepanjang program berlangsung. ????

Semoga karnival ini menjadi wadah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani, selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. ????????

#SMKDDS #KarnivalSTEM2025 #KokurikulumDDS #SekolahkuHebat #Sekolahkitamaruahkita #smkdolsaidno1 #hidupmestiberjuang