PROGRAM JAYA WARIS
Alhamdulillah, Program Jaya Waris SMK Dato’ Dol Said telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Oktober 2025 (Jumaat) bertempat di Dewan Datuk Dr. Haji Ihsan.
Program yang melibatkan pelajar Tingkatan 5 bersama ibu bapa ini berjaya mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan waris dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik serta sahsiah pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa, guru serta pelajar yang hadir dan memberi komitmen penuh. Semoga usaha ini menjadi pemangkin kejayaan anak-anak kita.
#sekolahkitamaruahkita #hidupmestiberjuang #smkdolsaidno1