• Main
  • News

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-57 Smkdds

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-57 Smkdds

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KE-57 SMKDDS ????????‍♂️

Hari ini, padang utama SMK Dato Dol Said bergema dengan semangat para atlet muda! Bersama kita menyaksikan kesungguhan, semangat juang, dan kehebatan mereka dalam mengejar kejayaan.

Terima kasih kepada Encik Mohamad Nor Hazri bin Jamaluddin, Pengarah Expose Printing, kerana sudi merasmikan acara penuh bermakna ini. Acara tahunan ini turut dihadiri YDP PIBG , Puan Nurkhaini Balkis bt Mohamad khalid dan iringi Tuan Pengetua , Encik Mohd Kamar bin Othman serta para pentadbir sekolah.

Ayuh teruskan sokongan untuk anak-anak kita, kerana setiap langkah mereka adalah satu langkah menuju masa depan yang lebih gemilang!

#hidupmestiberjuang #smkddsnomborsatu #sekolahkitamaruahkita”