????️ HARI PERTAMA PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2026 ????️
Alhamdulillah, bermula sudah Perkhemahan Tahunan Kokurikulum SMK Dato’ Dol Said 2026 yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2026 di NK Adventure Camp, Jalan Machap, Alor Gajah, Melaka.
Hari pertama diisi dengan pelbagai aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan, dalam usaha membentuk sahsiah, disiplin, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan murid. ????????????
Semoga perkhemahan ini menjadi pengalaman yang bermakna dan meninggalkan kenangan indah buat semua peserta. Teruskan bersemangat, bina keyakinan dan nikmati setiap detik sepanjang perkhemahan! ❤️